Friday, September 19, 2008

TEKNIK MENJAWAB SOALAN - SENI VISUAL - STPM

TEKNIK MENJAWAB SOALAN
SENI VISUAL - STPM
KERTAS 1
Seni Visual adalah istilah mata pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk membezakan antara tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan pelajar tingkatan 6 kerana mereka adalah pelajar Pra Universiti. Tetapi jika mereka tersilap langkah mereka tidak akan menjejakkan kaki ke universiti. Di sini saya menasihatkan pelajar tingkatan 6 bahawa mereka tidak boleh merasa selesa bila berada di dalam tingkatan 6 kerana mereka belum tentu lagi akan mendapat tempat di universiti. Anda mesti memastikan mempunyai 3 mata pelajaran prinsipal C iaitu mata pelajaran Pengajian Am (Teras), Seni Visual dan lain-lain mata pelajaran. Dalam mata pelajaran Seni Visual, ramai pelajar yang kecundang dalam kertas 1 kerana wajaran markah adalah yang tertinggi dan ia adalah soalan yang berkaitan dengan teori seni. Ramai yang berpendapat Seni Visual mudah untuk lulus seperti Pendidikan Seni Visual didalam SPM. Saya berharap pelajar akan menumpukan perhatian yang lebih kepada kertas 1. Cara pengiraan markah untuk kertas 1 ialah berapa markah yang pelajar dapat akan dibahagi dengan 100 kemudian didarabkan dengan 40. Iaitu kalau pelajar mendapat 100 markah, maka wajarannya adalah 40 markah sahaja.

Dalam kertas 1 terdapat 6 soalan struktur yang wajib dijawab, tiada pilihan untuk soalan di dalam Bahagian A. Dalam Bahagian B ada 4 soalan esei, pilih 2 soalan untuk dijawab. Dalam Bahagian C ada dua soalan esei, pilih 1 soalan untuk dijawab. Calon perlu membaca soalan dengan teliti dan fahamkan apa yang dikehendaki oleh soalan. Jangan menjawab bersahaja kerana anda akan diperangkap dengan permainan ayat untuk mengelirukan kamu sebab itu ada soalan yang dipanggil KBKK iaitu soalan yang menguji Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Anda perlu membahagikan masa yang sesuai untuk menjawab soalan. Jika soalan susah tinggalkan dahulu apabila masa yang anda peruntukkan telah habis untuk menjawab sesuatu soalan.

KERTAS 2 - LUKISAN
Dalam kertas 2 calon akan disediakan satu setting atau susunan objek untuk dilukis. Sebaiknya calon mempunyai 3 jenis pensel iaitu pensel 2B, 4B dan 8B untuk mengasilkan ton yang lebih banyak. Calon mesti memastikan struktur, bentuk asas, kadar banding, jalinan, ruang dan pencahayaan dilukis dengan baik. Pastikan anda mengunakan masa yang sebaik mungkin, walaupun masa yang diberikan adalah panjang iaitu 3 jam. Jangan terlalu menumpukan perhatian diatas meja sahaja semasa melukis, anda perlu bergerak ke belakang untuk melihat lukisan anda dari jauh untuk melihat dan membandingkan lukisan anda dengan setting yang ada dihadapan anda.

KERTAS 3 - PROJEK PENGHASILAN KARYA
Kertas 3 adalah kerja kursus. Calon akan mengahadapinya semasa ditingkatan 6 atas. Terdapat 4 soalan, pilih 1 untuk dijawab. Calon perlu mennghasilkan Portfolio dan karya atau produk. Dalam Portfolio, calon akan membuat kajian, lakaran, lukisan, kajian media, gambar langkah-langkah proses dan rujukan. Calon mesti membuat kajian secara bertaip dengan mengunakan huruf jenis times new roman bersaiz 12pt. Saiz portfolio adalah saiz kertas lukisan. Jika calon menjawab soalan catan media campuran. Calon harus memastikan ada membuat kajian warna dan media campuran. Kanvas perlulah dibingkaikan dengan kayu supaya dapat menegangkan kanvas.

No comments: